BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Info Dari Laman Hari Pengguna Malaysia 2012

Kerajaan Mengambil Berat Tentang Isu Jaminan Makanan

Dipetik dari Perdana Menteri Semasa Bajet 2009

Kerajaan sedang melaksanakan pelbagai program pertanian bagi menjamin bekalan makanan yang mencukupi . Sebanyak 5.6 Billion Ringgit disediakan di bawah dasar jaminan makanan negara bagi tenpoh 2008 hingga 2010 . Antara yanag lain adalah untuk pembayaran insentif kepada pengusaha pertanian bertujuan meringankan beban kenaikan kos pengeluaran dan bagi menggalakkan peningkatan pengeluaran hasil tani . Seramai 350 ribu petani yang mengusahakan sayur-sayuran , buah-buahan , akuakultur dan ternakan akan mendapat faedah daripada insentif ini .

Dalam usaha meningkatkan hasil tangkapan ikan , peruntukan tiga ratus juta ringgit telah disediakan . daripada jumlah ini , 180 juta ringgit untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan serta 120 juta ringgit sebagai insentif tangkapan ikan . Seramai seratus ribu nelayan termasuk pemilik bot akan mendapat manfaat .

Di samping itu , untuk menggalakan pengeluaran ayam dan itik , kerajaan mencadangkan penternak ayam dan itik diberi elaun pelaburan semula sebanyak 60 peratus bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan .

Kerajaan akan menyediakan insentif peningkatan pengeluaran hasil padi dengan peruntukan satu billion ringgit yang akan memberi manfaat kepada 220 ribu pesawah di seluruh negara . Lebih 1,300 hektar tanah terbiar telah dikenal pasti bagi pengeluaran padi dan makanan lain , seperti buah-buahan , sayur-sayuran dan ternakan .

Selain itu , peruntukan 475 juta Ringgit disediakan bagi bantuan input pertanian , baja dan racun perosak bagi membantu golongan pesawah . Untuk meringankan beban petani , kerajaan mencadang memansuhkan duti import ke atas baja dan racun perosak .

0 ulasan:

 
Hak Cipta © . Semua Hak Cipta Terpelihara Oleh SyakirAbdMalek