Air merupaakan elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan .
Untuk mengurangkan berat badan , menahan makan saja tidak cukup . Ia perlu disertai dengan senaman dan minum banyak air sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari . Seperti yang dikatakan tadi , air merupakan elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak .
Untuk kekal bertenaga , setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari . Air penting sebagai bahan 'pembersih' kerana ia memudahkan proses penyingkiran bahan buangan daripada badan . Namun , ramai keliru dengan isyarat 'lapar' atau 'dahaga' .Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak . Akibatnya berat badan bertambah tanpa kita sedari .
Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif . Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan .
Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini langkah terbaik ialah meminum air setiap kali anda terasa lapar . Tidak mengapa jika terlebih minum kerana kesan sampingannya hanya kita kerap berulang ke tandas.
Jika terlebih makan , kesannya lebih parah kerana ia merumitkan masalah berat badan berlebihan yang sedia ada . Jangan tunggu hingga terlalu dahaga untuk minum kerana ia sebenarnya menandakan badan kita mengalami masalah kekurangan air juga disebut sebagai dehidrasi . Badan kita memerlukan kira-kira satu liter air sehari untuk berfungsi dengan baik .
Dengan meminum air , ia baik untuk buah pinggang yang bertugas menapis darah dan menyingkirkan bahan toksik daripada badan .
Air yang dibincangkan disini ialah air masak atau air mineral iaitu air yang tiada kalori . Pun begitu , ia bukan bermakna anda tidak boleh minum air manis tetapi ia tidak disarankan bago individu yang mahu menurunkan berat badan .Jus buah juga antara pilihan terbaik . Pastikan ia tidak ditambah gula untuk memperbaiki rasanya .
Proses ini perlahan , tetapi berat badan yang hilang tidak kembali jika ia dijadikan amalan sepanjang hayat .
Air Buang Lemak
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)






0 ulasan:
Catat Ulasan