BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Info Dari Laman Hari Pengguna Malaysia 2012

Jaminan Makanan Harus Diteruskan

Asas keperluan untuk meneruskan hidup yang aktif ialah bekalan makanan yang mencukupi . Masyarakat yang kelaparan atau kekurangan gizi tidak akan dapat membangun negaranya kearah kemakmuran .
Krisis ekonomi sedunia yang menyusuli krisis kenaikan harga barangan makanan yang tercetus pada tahun lepas telah melemparkan seramai 105 juta orang lagi ke dalam kemelut kelaparan . Angka it terus melonjakkan statistik angka kelaparan sedunia melepasi paras 1 bilion .

Pertubuhan Makanan Sedunia (FAO) menganggarkan sejumlah 1.08 bilion penduduk dunia sedang begelut dengan masalah kelaparan . Sehubungan dengan itu , Ketua Pengarah FAO Jacques Diof menyeru para pemimpun dunia agar mencapai suatu “ konsensus yang luas bagi penghapusan masalah kelaparan secara menyeluruh dan pantas ” dalam Persidangan Sedunia untuk Jaminan Makanan (WSFS) yang akan dihadiri oleh ketua-ketua negara dan kerajaan di Rom pada 16 hingga 18 November 2009 .

Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara dan Asia Selatan yang kurang dari 5 % daripada penduduknya mencatatkan gejala kekurangan gizi , iaitu setaraf dengan negara-negara maju .


Sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya bersyukur ke hadhrat Yang Maha Pemurah yang telah melimpahkan bahan makanan yang mencukupi untuk kita semua di negara ini . Dia jualah Yang Maha Pemberi Petunjuk yang telah memberikan ilham kepada pemimpin dan pentadbir negara untuk terus memastikan bahan makanan dalam negara terus mencukupi untuk semua .

Hal ini telah diterjemahkan dalam bentuk perancangan dan usaha bersungguh-sungguh untuk memantapkan sektor pertanian dan pengeluaran bahan makanan . Contoh yang amat jelas ialah Dasar Jaminan Makanan yang diketengahkan oleh YAB Perdana Menteri (ketika itu) Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dalam Ucapan Bajet Tahun 2009 pada 29 Ogos 2008 .

Petikan Teks Perdana Menteri

 
Hak Cipta © . Semua Hak Cipta Terpelihara Oleh SyakirAbdMalek