Air adalah suatu anugerah alam yang paling berharga . Namun ia sering dianggap seolah-olah sebagai suatu sumber yang tidak akan putus dan sering diambil mudah dan dibazirkan . Sebagai suatu langkah berjimat cermat dan mengurangkan bil air , kita boleh mengamalkan tips berikut .
Hentikan titisan
Titisan air yang laju dari paip dapat membazirkan air sebanyak 3,000 liter sehari ! Pembaziran ini dapat dielakkan dengan :
-Menutup paip dengan kemas .
-Tukar sesendal .
-Periksa pemasangan paip .
pastikan tandas baru menjimatkan penggunaan air .
Jimatkan air semasa mandi
Banyak air yang dapat anda jimatkan semasa mandi jika anda :
-Menghadkan masa mandi .
-Mengawal penggunaan air semasa mandi .
-Menutup paip semasa menyabun badan .
-Jimatkan air semasa di dapur
-Cuci sayur dan daging di dalam singki yang dipenuhi air separuh muatan . Anda dapat menjimatkan penggunaan air sebanyak lima belas kali ganda berbanding dengan penggunaan air paip yang mengalir .
-Jika mencuci pinggan dengan cara yang sama, anda dapat menjimatkan penggunaan air sebanyak tujuh kali ganda .
-Gunakan muatan penuh semasa membasuh dengan mesin pembasuh
-Apabila membasuh pakaian dengan menggunakan mesin pembasuh , gunakannya dengan muatan penuh kerana jumlah penggunaan air adalah sama banyak sama ada muatan penuh ataupun separuh .
Tips-Tips Penggunaan Air
Dicatat oleh Syakir Abd Malek 0 ulasan
Langgan:
Ulasan (Atom)





